Aug 20, 2014

2

Assalamualaikum. fuh fuh lama betul tak update blog. blog yang sama ada hidup tak hidup ni. entah semakin usang. oh ya aku dah habis belajar. Alhamdulillah syukur :') sekarang tunggu nak konvo je. act perasaan bercampur baur kejap happy kadang risau kadang entahlaa.. yela nak menempuh alam baru. alam pekerjaan plak. fuhh.. aku tahu alam pekerjaan tak sama macam alam belajar. zaman belajar tu paling best sebenarnya. dah kerja nanti memasing buat hal sendiri. memasing busy dgn kehidupan. maksud aku kenkawan aku. aku rindu sangat kat dorang. rindu nak pg class sesama, lepak sesama, makan sesama, study sesama, busy sesama semua sesama la. rindu sungguh aku rinduuuu.

Aku sekarang masih mencari. masih mencari apa yang sebenarnya aku mahu dalam hidup aku. yang boleh buat aku bahagia. niat dihati nak tulis novel tapi idea tu kejap datang kejap kering. macam tak bersungguh. buat masa ni baik aku cari kerja, cari duit tolong mak baba balas jasa mereka. Moga dipermudahkan. amin~

selamat malam hamba Allah sekalian :)