Aug 26, 2014

3

happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to Asyikin, happy birthday to meeee ^.^ oh ye harini ulangtahun aku yang ke 22. alahai. selama 22 tahun ni banyak benda nak aku hadapi. banyak lagi impian tak tercapai lagi. Alhamdulillah Allah masih beri aku peluang untuk hidup, bernafas. Alhamdulillah 22 tahun ni aku berjaya memegang segulung ijazah. syukur sesangat :')

yang tak tercapai lagi ada banyak. contohnya lesen kereta. err bilakah aku mahu start ambik lesen nih. aku sebenarnya takut nak drive. apekah =.= moga aku dapat atasinya phobia aku ni. lagi apa ye haaa aku tengah belajar memasak, baking kehkeh. I just love baking ! aku suka bake cupcake. lepas tu kerja takdak lagi masih dalam proses mencari kerja. orang lain sibuk cari cinta aku memburu kerja dulu naa. sambil2 tu menyelam la cari cinta. woot woot. *angkat2kening* gatai naa cik cikin nih.. tahu tak aku dulu plan 22 tahun ni nak kahwin.. bila aku dah start blaja U aku target umur 22 ni boypreng atau tunang datang hari jubah aku :p ngahaha tapi itu cuma mimpi T_T takpela yang penting family sentiasa ada. Insya Allah ^^ apepun aku bersyukur sangat aku masih bisa bernafas, masih sihat Alhamdulillah. 22 tahun dah ni kira dah dewasa la. lagi berat tanggungjawab ye jangan fikir nak nikah je. fasa baru menanti Insya Allah. fasa pekerjaan pula. aku sebenarnye nebes nak kerja ni. hmmmm moga Allah murahkan rezekiku. amiin. family kawan semua ramai yang wish Alhamdulillah mekasih ^^ tapi... kawan rapat aku kawan baik aku ramai juga yang lupa.. tak payah la sebut ek. mungkin mereka busy tidak mengapa. apepun happy2 selalu k ^^

akhir kata eceh macam bagi ucapan apa plak. Semoga aku sentiasa dilindungi Allah, dipanjangkan umur dengan keberkatan, moga dapat kerja yang baik, jodoh yang baik, moga bahagia di dunia dan akhirat. Semoga lebih tabah, sabar, lebih berani. sesungguhnya aku dalam proses untuk berubah. masih banyak perlu diperbaiki. iman turun naik tidak selalu diatas. Moga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang benar hingga akhir nafasku. Moga mati dalam Islam, iman. amiin~ aku sayang family dengan kawan2 aku. Alhamdulillah atas segalanya Ya Rabb Tuhan yang Esa :')

selamat ulangtahun diri sendiri kehkehkeh :D