Nov 24, 2014

5

Aku sebenarnya tengah lenguh tangan nih. Tapi perasaan nak tulis blog membuak-buak. Eceh. So disini aku walau sakit tangan :D err aku mendoakan kalian semua sihat sejahtera ye. 
Aku kan jenis kategori pendiam, introvert. Mungkin ramai anggap aku sombong poyos. Aku tak sombong. Cumanya aku tak suka suasana yang awkward yang buat aku tak selesa. Aku memang tak selesa kalau ramai sgt orang kecuali kawan rapat dan family rapat. Yang tak berapa kenal aku mungkin anggap aku antisocial tak bergaul poyo sombong. Tapi aku memang tak selesa. Daripada aku duduk macam tunggul kat situ kekok je baik aku p buat kerja lain atau dok sensorang dalam bilik ke. Yang boleh buat aku rasa selesa. Aku pernah cuba tau tapi aku jadi kekok teramat sangat :( tak selesa rasa macam ntah la awkward gila. Maaf siapa yang terasa. Rasa macam aku ni poyo sombong. Minta maaf esp kat kawan2 dan family besar aku :'(  


Tapi percayalah aku tak pernah niat nak sombong atau benci kat sesiapa. Cuma inilah aku. Gadis yang lebih banyak diam dari cakap yang awkward bila dengan orang tak berapa rapat. Tapi gadis ni tak sombong dan happy kalau seseorang tu tunjuk effort lebih untuk berkomunikasi. Hee thanks kenkawan dan family yang memang dah kenal perangai ni. Siapa yang dah kenal memang terkejut beruk kalau I kata I pendiam u olls kihkihkih.


Sebenarnya pendiam atau tidak tak penting yang penting kita selesa dengan seseorang tu. Kadang baru kenal sekejap dah sekepala terus jadi rapat. Apepun Allah saja layak menilai kita ikhlas ke tak kawan dengan seseorang tu ;)