Dec 4, 2014

6

Lari. Pernah tak kau rasa nak lari jauh. jauh dari segalanya. Lari dari masalah. Sangat tak cool sebab lari kan. Nak taknak kau kena jugak hadapi. Kemon la jangan lari lagi please. Aku cakap pasal diri aku ni haa. Sampai bila aku nak lari.. Kecewa dengan diri sendiri. Bukan sekali banyak kali aku kecewakan diri aku sendiri.. :'( Aku bersyukur sebab masih ada family dan kenkawan yang sentiasa disisi. Tak dapat diungkap dengan kata2 rasa terima kasih ke kalian yang selalu ada untuk aku. Yang terima aku seadanya, bodoh aku buruk aku salah aku kelemahan aku.. Ketidaksempurnaan diri aku ni. Jauhi aku dari putus asa Ya Allah.. Aku doakan kalian bahagia dunia akhirat. Aku mungkin tak mampu nak balas jasa manusia2 yang banyak tolong aku. Kala aku sedih kecewa.. Mak baba, adik beradik, kenkawan rapat. thanks a lot. Aku hanya mampu berdoa moga kalian dirahmati Allah :') Alhamdulillah Ya Allah kerana bagi aku peluang merasai pelbagai nikmat. Aku bersyukur sangat. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Moga Allah jauhi aku dari penyakit hati penyakit tidak bersyukur. Kita selalu lupa yang segala kita miliki ni milik Allah. diri kita, family kita segala nikmat ni semua milik Yang Maha Esa. Aku juga sering lupa. Alpa dan leka. Astaghfirullah. Moga Allah sentiasa lindungi aku dari penyakit hati seperti tidak bersyukur ini. Peringatan bersama. Moga Allah redha. 

Terima kasih Tuhan. ALHAMDULILLAH :')